Friday, May 10, 2019

ARTIKEL



Asrol Awang
cnews@nstp.com.my

Pelajar Universiti Tekonologi Mara (UiTM) Perlis berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandunya terbakar di Batu 6, Jalan Kuantan-Gambang, Kuantan, pagi tadi.

Bagaimanapun, tindakan pantas Nurafika Bakirah Suhaimi,21 keluar daripada kenderaannya sebaik menyedari ia berasap, menyelamatkannya daripada menjadi mangsa kebakaran.

Dia yang dalam perjalanan ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) Gambang, di sini untuk menjalani latihan praktikal di universiti berkenaan tidak menyangka bahagian hadapan keretanya hangus.

"Sebaik melihat asap keluar daripada saluran pendingin hawa, saya terus memberhentikan kereta dan keluar untuk melihat apa yang berlaku.

"Tetapi saya tidak sangka pula bahagian hadapan kereta mengeluarkan api. Namun, saya bersyukur kerana selamat," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, disini, pagi tadi.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas, Nor D Zaini Md Zin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 7.29 pagi.

Katanya, dua kenderaan, termasuk sebuah jentera bersama enam anggota bergegas ke lokasi kejadian dan tiba lapan minit kemudian.

"Ketika sampai, Perodua Kancil itu terbakar hampir 60 peratus. Pemandu kenderaan bagaimanapun berjaya keluar menyelamatkan diri selepas mendapati keretanya berasap sebelum terbakar di bahagian enjin," katanya.

"Mangsa tidak mengalami kecederaan dan kami berjaya memadamkan kebakaran dalam tempoh lima minit," katanya ketika ditemui.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu,18 April 2018n@ 11.19AM











BAGAIMANA INI BOLEH BERLAKU??
Kerosakan dalam penyejukan boleh menyebabkan juga pada sistem elektrikal, contohnya sebuah sistem penyaman udara yang menggunakan pemampat jenis kedap udara atau hermetic kekurangan bahan pendingin akan mnyebabkan mengalami haba melampau (over heat), sepertimana yang diketahui, gas sedutan yang kembali ke pemampat bukan sahaja kembali kepemampat tetapi juga untuk menyejukkan gegelung lilitan motor pemampat. Apabila sistem penyaman udara tersebut kekurangan bahan pendingin maka suhu sedutan akan  menjadi tinggi, dengan itu gegelung lilitan pemampat akan menjadi panas kerana tiada penyejukkan di lakukan. Kesan daripada kerosakan ini boleh mengakibatkan gegelung motor terbakar.


***JADI SILA LAH LAKUKAN PEMERIKSAAN YANG BERKALA BAGI MENGELAKKAN PERKARA/TRAGEDI SEPERTI DI ATAS BERLAKU, BAK KATA PEPATAH LEBIH BAIK MENCEGAH DARIPADA MENGUBATI..JADI MARILAH DATANG BINOMAR AIRCOND UNTUK MENDAPATKAN SERVIS YANG TIP TOP BERSESUAIAN DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN, SERVIS KAMI BERI, PELANGGAN PUAS HATI !!




No comments:

Post a Comment