Monday, May 20, 2019

NASIHAT PAKAR NEUROLOGI BERKAITAN AIRCOND

Ini pesanan dari Dr Syed Badar Husain, pakar neurologi terkenal di Atlanta :

Penting untuk setiap pengguna pendingin hawa kereta tahu perkara ini kerana ia berkait rapat dengan tubuh badan anda. Biasa tertulis dalam manual kereta, kita dinasihatkan menurunkan tingkap bagi mengeluarkan udara panas sebelum menghidupkan aircond. 

Mengapa agaknya?

Kenapa perlu demikian ?

Penjelasan beliau adalah seperti berikut.

Menurut kajian, semua objek plastik seperti dashboard kereta, kerusi, saluran aircond, membebaskan benzene apabila plastik-plastik  ini di panaskan.

Benzene adalah sejenis karsinogen penyebab kanser. Ia merupakan toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati anda.

Toksik ini sangat sukar untuk dinyahkeluar daripada tubuh manusia.

Tahap benzene yang diterima hanyalah 50 mg untuk setiap 1 kaki persegi kawasan bertutup.

Kereta yang diletakkan diluar rumah, di bawah cahaya matahari pada suhu 60 darjah fahreinheit akan menghasilkan 2000-4000 mg benzene iaitu 20-40 kali ganda daripada tahap yang dibenarkan.

Manakala sebuah kereta yang diletakkan di dalam rumah, dengan tingkap-tingkap  tertutup akan melepaskan 400-800 mg benzene iaitu 8 kali tahap yang dibenarkan.

Orang yang masuk ke dalam kereta dengan tingkap bertutup, akhirnya akan menyedut berlebihan toksin benzene.

Benzene yang berlebihan dalam badan boleh membawa kepada kanser, meraun tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Pendedahan yang berpanjangan juga boleh menyebabkan risiko keguguran untuk wanita yang hamil.

Jadi para pembaca sekalian, sebelum anda masuk ke dalam kereta anda setiap hari , buka dulu tingkap dan pintu kereta anda selama beberapa minit untuk keluarkan udara beracun dalam kereta, lepastu barulah anda masuk kereta seperti biasa.

No comments:

Post a Comment